Kursus Kenegaraan bagi pelajar ILP Kuala Lumpur telah berlangsung pada 16 Jun 2011. Kursus ini bertujuan memberi kesedaran dan memupuk semangat kenegaraan di kalangan pelajar-pelajar ILPKL yang terlibat. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am dan dibantu oleh Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan. Penceramah jemputan adalah dari Agensi Biro Tatanegara.