Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Berkuatkuasa serta merta Pintu Laluan Masuk Motorsikal Pelajar hendaklah ditutup dan dikunci pada waktu-waktu latihan. Pintu juga hendaklah sentiasa dikunci selepas waktu latihan dan pada hari-hari cuti. Pintu berkenaan hanya boleh dibuka untuk membenarkan pelajar memandu masuk dan keluar motorsikal masing-masing di waktu-waktu berikut sahaja. Pelajar yang lewat hadir ke kuliah tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di lot /parkir kenderaan yang disediakan. Pelajar yang hendak keluar semasa waktu-waktu latihan hanya dibenarkan dengan mengemukakan surat kebenaran keluar daripada Ketua Bahagian masing-masing. Pengecualian keluar hanya diberikan semasa waktu rehat sahaja. Sekali lagi diingatkan bahawa palang otomatik hendaklah sentiasa diturunkan dan semua jenis kenderaan pelajar tidak dibenarkan melintasi palang otomatik ini. PP(UPL) hendaklah mengambil initiatif memaklumkan perkara ini kepada semua pelajar-pelajar ILP Kuala Lumpur.