Pihak Jabatan Penjara Jelebu telah mengadakan satu lawatan ke ILP Kuala Lumpur bertujuan untuk mempelajari tatacara penggunaan mesin-mesin bagi meningkatkan pemahaman dalam penggunaan mesin dengan lebih efisyen bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan bertukar-tukar pendapat mengenai Amalan 5'S yang dilaksanakan di ILP Kuala Lumpur. Lawatan tersebut berlangsung pada 27 Julai 2011 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, ILP K. Lumpur.
Gambar 1: TPPL, ILPKL dan Wakil Penjara. Gambar 2: Wakil Penjara dan ILPKL bergambar kenangan.
Lawatan tersebut disertai oleh 9 orang kakitangan Penjara Jelebu yang diketuai oleh Inspektor Imran Bin Ahmad (Ketua Penyelaras), En. Mohd Tarmizi Bin Haris (Ketua Bengkel-Bengkel), En. Rahimin B. Ismail (Ketua Bengkel), En. Razak B. Hashim (Pem. Pegawai Bengkel), En. Amirul Shahril B. Mohd Salleh (PPLV), En. Md Salleh A. Roni (PPLV), En. Mohd Tarmizi B. Isa (Pengajar Bengkel), En. Md Din B. Nasir (Jurugambar) dan En. Azmi B. Abd Aziz (Pemandu).
Timb. Pengarah Pengurusan Latihan, Pn. Rosnoizam bt Abdul Majid, telah mempengerusikan mesyuarat yang merupakan agenda utama lawatan tersebut. Taklimat mengenai ILPKL telah diberikan oleh Timb. Pengarah Pengurusan Sumber iaitu En. Romales B. Ramli. Taklimat mengenai Amalan 5'S ILPKL pula telah disampaikan oleh Ketua Jab. Mekanikal Servis iaitu En. Azkar Albar. Peserta-peserta lawatan kemudiannya dibawa melawat ke bengkel-bengkel Mekanikal Servis dan Mekanikal Pembuatan.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cendera mata sebagai kenang-kenangan pada sesi akhir lawatan kerja tersebut. Pihak Penjara Jelebu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ILP Kuala Lumpur atas kerjasama dan maklumat yang telah diberikan dan berharap agar kerjasama yang sedia terjalin akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.