Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), yang diketuai oleh Tn Hj Jamaludin bin Ahmad, KPP Kejurulatihan, dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke ILP Kuala Lumpur sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional. Lawatan tersebut berlangsung pada 6 Julai 2011 (Rabu) jam 10.00 pg bertempat di Bilik Mesyuarat, ILP K. Lumpur.
Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan ILP Kuala Lumpur, Puan Rosnoizam Bt. Abd Majid telah mempengerusikan mesyuarat yang merupakan agenda utama lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem pembelajaran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur merangkumi perkara-perkara seperti kaedah latihan dan penilaian, kurikulum dan silibus yang digunapakai, sistem semeter yang dipraktikkan, persijilan yang dianugerahkan kepada para pelajar dan berbagai-bagai perkara lain yang berkaitan dengan latihan kemahiran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cendera mata sebagai kenang-kenangan pada sesi akhir lawatan kerja tersebut. Pihak BPTV mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ILP Kuala Lumpur atas kerjasama dan maklumat yang telah diberikan dan berharap lawatan tersebut akan menjadi satu titik permulaan kepada pihak BPTV dalam melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional yang dijangka bermula pada tahun 2012.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.