Pihak CIAST bersama-sama dengan pihak JICA dan Kementerian Luar sedang melaksanakan kursus dalam bidang Elektrikal dan Automotif di bawah Third Contry Training Programme (TCTP). Kursus tersebut bermula pada 4 Oktober – 12 November 2010. Sehubungan dengan itu, pihak CIAST telah merangka program lawatan sambil belajar ke ILP Kuala Lumpur untuk peserta-peserta kursus tersebut yang terdiri daripada 16 orang pengajar dari Negara Cambodia.
Lawatan sambil belajar tersebut telah diadakan pada 9 November 2010 jam 2.30 petang. Lawatan tersebut bertujuan memberikan pendedahan berkaitan latihan kemahiran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur khususnya dan di Malaysia amnya. Semasa sesi lawatan tersebut, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan iaitu Pn. Rosnoizam Binti Abd Majid telah mewakili Pengarah ILP Kuala Lumpur untuk memberikan ucapan alu-aluan. Sementara itu, taklimat mengenai kursus-kursus yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur telah diberikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber iaitu En. Romales Bin Ramli.
Peserta-peserta TCTP tersebut kemudiannya dibawa ke bengkel Elektrikal dan Automotif bagi tujuan pendedahan mengenai latihan kemahiran yang dijalankan di bengkel-bengkel tersebut.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.