Pada 7 Januari 2015, ILP Kuala Lumpur menerima lawatan sambil belajar oleh pihak GMI Technical & Consultancy Services Sdn Bhd (GMITech) iaitu anak syarikat German-Malaysian Institute. Pihak GMITech menganjurkan program latihan dan lawatan sambil belajar untu kdua orang delegasi dari Occupational Standards dan Testing Center (OSTC) yang terdiri daripada Pengarah dan Pakar Usahasama dengan Sektor Swasta/Hubungan Industri di OSTC.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada dua delegasi tersebut tentang pendekatan perbangunan standard dan kurikulum serta kolaburasi sektor awan dan swasta sepertimana yang diamalkan di Malaysia.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk berkongsi pengalaman ILP Kuala Lumpur sebagai institusi pertama yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi mengendalikan kursus vokasional secara formal. Fokus utama yang lain ialah pengendalian kursus vokasional berdasarkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).