Pada 17 April 2017 Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya Kuala Lumpur. Rombongan lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 40 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.
Sepanjang lawatan pelajar telah diberikan taklimat berkaitan peluang pembelajaran kemahiran yang ditawarkan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia secara amnya dan di ILPKL khususnya. Pelajar diberi peluang untuk melihat kemudahan dan peralatan latihan yang disediakan di sini.