Pihak pengurusan ILP Kuala Lumpur sekali lagi telah menerima permohonan daripada pihak Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) untuk mengadakan lawatan ke ILP Kuala Lumpur. Lawatan tersebut pada 17 Januari 2013, melibatkan 40 orang pelajar anak yatim tingkatan 5 dan 2 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan tanpa keuntungan yang telah beroperasi selama hampir 17 tahun. Pihak YATIM telah mengadakan hampir 50 program yang melibatkan ribuan peserta pada setiap tahun di seluruh Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan banyak lagi.
Pihak institut sangat menghargai dan berbangga kerana telah dipilih sebagai institusi pengajian yang akan dilawati oleh kira-kira 12 buah sekolah sekitar W.P Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada SMK Dato Onn, SMK Miharja , SMK Cheras , SMK Tmn Maluri , SMK (P) Pudu, SMK Cochrane Perkasa , SMK Puterijaya, SMK ST. Gabriel, SMK Dato Lokman, SMK Convent Jalan Peel, K. Lumpur, SMK Sri Tasik,SMK Bandar Tun Razak.
Tujuan diadakan program seumpama ini adalah antara lainnya untuk memberikan pendedahan kepada para guru dan pelajar-pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran yang berasaskan teknikal di ILJTM dan ILP Kuala Lumpur secara khususnya. Para pelajar telah diberikan taklimat mengenai peluang melanjutkan pelajaran di ILP Kuala Lumpur dan dibawa melawat ke 5 buah bengkel semasa sesi lawatan bengkel.
Sehubungan dengan itu, ILP Kuala Lumpur mengambil peluang daripada lawatan ini untuk memberikan seberapa banyak maklumat yang diharapkan dapat membantu para pelajar dalam menentukan hala tuju pendidikan masing-masing.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496
03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jumlah Pelawat Hari Ini: 65 | Minggu Ini: 528 | Bulan Ini: 646 | Keseluruhan: 15122194