Pada 16 Jun 2015 telah diadakan satu majlis lapor diri dan penyerahan surat penempatan kepada Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) J29 bertempat di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL). Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Kementerian Sumber Manusia Dato' Mohamed Elias Bin Abu Bakar bersama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Tuan Syed Mohamad Noor Mohd Ali dan Pengarah ILPKL Eng. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali. Seramai 60 pegawai baru telah hadir melapor diri dan di tempatkan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara. Diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua pegawai yang telah berjaya.
{yoogallery src=[/images/stories/articles/2015/lapordiri] title=[Majlis Lapor Diri dan Penyerahan Surat Penempatan]}