Pada 13 Januari 2014 telah diadakan satu majlis peramian 'Soft Launch' Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ILP Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Y.Bhg. Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan. Turut sama hadir pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Tn. Hj. Syed Mohamad Noor Bin Syed Mat Ali, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kemahiran) En. Mat Setia Bin Mohd Raji, Pegawai-Pegawai Tertinggi ILP Kuala Lumpur, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar baru sesi pengambilan 1/2014. Dalam majlis ini turut diadakan perasmian Logo dan Slogan bagi sambutan jubli emas, yang akan digunakan sepanjang tahun bagi semua urusan-urusan rasmi Institut. Ketua Pengarah juga turut berbesar hati untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan mencipta logo dan slogan semperna sambutan ini. Pemenang bagi pertandingan mencipta logo adalah En. Azrin Haris b Mohd Yusof manakala pemenang bagi pertandingan mencipta slogan kata adalah En. Mohd Rosli b Hussein.