Pada 21 April 2017 telah diadakan majlis taklimat dan amanat pelepasan oleh Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL), Tuan Eng. Kamaruzaman Bin Hj. Md Ali kepada peserta Pertandingan Pra-Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) tahun 2017.
ILPKL diwakili oleh 4 orang pelajar yang mewakili 2 bidang yang dipertandingkan iaitu Refrigeration And Air Conditioning dan Welding. Pertandingan ini akan berlansung di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, Sintok Kedah pada 23 hingaan 28 April 2017.
Tuan Pengarah telah memberi kata semangat dan juga sedikit cenderahati sebagai pembakar semangat kepada peserta tersebut. Tuan Pengarah juga menyeru agar semua peserta yang akan bertanding agar berusaha gigih untuk memenangi pertandingan tersebut dan seterusnya mengharumkan nama Institut dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).