Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Akhir Semester bagi Sesi 1/2012 akan bermula pada 22 Jun 2012 sehingga 15 Julai 2012. Sehubungan itu, semua pelajar diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan asrama pada 21 Jun 2012 ( Khamis) pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, di bilik/dorm masing-masing. Sebagai persediaan bagi pemeriksaan asrama tersebut, semua pelajar hendaklah menyertai gotong-royong yang akan diadakan oleh pihak warden dan penyelia asrama. Semua pelajar juga dikehendaki mengosongkan asrama dan membawa pulang barang-barang peribadiselepas pemeriksaan tersebut. Mana-mana pelajar yang merosakkan atau menghilangkan kemudahan yang telah diterima akan dikenakan tuntutan gantirugi dan pelajar yang tidak menjalani pemeriksaan asrama akan dikenakan tindakan tatatertib.