Pada 16 November 2009 yang lalu, bertempat di Ibu Pejabat Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB) di Shah Alam telah berlangsung satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Pihak Ultimate Print Sdn. Bhd. bagi usahasama dalam latihan kemahiran berkaitan industri percetakan.
Memoradum ini ditandatangani bertujuan untuk menjalinkan sebuah kerjasama bagi mencapai matlamat melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor percetakan.
Tanggungjawab latihan teknikal ini akan dijalankan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) manakala pelatih-pelatihnya pula adalah di kalangan pekerja UPSB. Tempoh perjanjian ini selama 2 tahun meliputi skop :-
Memperkukuhkan usahasama dalam bidang teknikal bagi memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme bagi keperluan tenaga kerja UPSB
Melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sepertimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, dari segi struktur program sehingga kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan
Memberi keutamaan kepada kedua-dua belah pihak dalam mengadakan program-program peningkatan kemahiran kakitangan melalui kursus, seminar serta lain-lain program yang dianjurkan oleh ILP Kuala Lumpur mahupun UPSB dari segi penyertaan dan perkongsian maklumat.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.