ILP Kuala Lumpur telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi program Skim Latihan Dual Training (SLDN) di antara Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SPANCO Services Sdn Bhd. Program ini adalam kerjasama antara ILPKL dan Syarikat Spanco Services Sdn Bhd khas untuk perastis baharu syarikat berkenaan bagi mengikuti latihan kemahiran dalam bidang Automotive After Sales Servicing (tahap 2).
Seramai 10 orang calon telah berjaya melepasi saringan temuduga yang diadakan dan ditawarkan menjadi perantis SPANCO. Mereka kini sedang mengikuti program tersebut di ILP Kuala Lumpur bermula pada 3 September 2018 lalu.
Memorandum ini telah ditandatangani oleh En Zaihan bin Shukri, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia bagi mewakili ILP Kuala Lumpur (Jabatan Tenaga Manusia) dan manakala pihak SPANCO Services Sdn Bhd diwakili oleh Dato' Azman bin Hj Idris, Ketua Eksekutif Operasi.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
ย 03-7981 7495 / 7496 ย 03-7983 2987
ย Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ย Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.