Mesyuarat bersama komuniti setempat dan pihak pengurusan ILP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran wakil-wakil agensi dan penduduk setempat pada 26 Mei 2011, Khamis yang lalu. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan institut ini dan komuniti setempat di samping mempromosi latihan-latihan yang ditawarkan di ILPKL. Selain itu, pihak ILPKL dan komuniti juga dapat membincangkan keperluan dan permasalahan yang berhubung kait dengan latihan, belia dan persekitaran. Terima kasih diucapkan kepada ahli komuniti yang sudi meluangkan masa mereka di dalam mesyuarat ini.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.