Pada 7 Januari 2014 telah bermulanya Program Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar-pelajar baru sesi pengambilan 1/2014. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa MSK dijalankan sepanjang program ini yang berakhir pada 12 Januari 2014. Antara aktiviti yang disertai oleh pelajar adalah Ceramah dan Taklimat Sistem Latihan, Keselamatan dan Kesihatan serta Motivasi yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Institut (BPPL, BKKL dan Pihak luar). Selain itu juga, program ini dipenuhi dengan aktiviti kerohanian dan jasmani, sukaneka serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK).