Merujuk kepada Memo JTM no rujukan JTM/PK/02/3230 (19) betarikh 13 MEI 2010, GARIS PANDUAN PENGENDALIAN SURAT SOKONGAN DARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU BERPENGARUH MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSAN KERAJAAN telah dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 8 Mac 2010. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menyediakan tafsiran dan panduan pengendalian surat sokongan bagi memastikan penjawat awam tidak terkeliru, terpengaruh dan mengekalkan integriti dalam membuat keputusan. Justeru itu, kepada kakitangan yang ingin mengetahui isi kandungan pekeliling tersebut boleh dapatkan sesalinan daripada Ketua Jabatan masing-masing ataupun layari laman web JPA untuk keterangan lanjut.