Saya ingin menyampaikan makluman Jabatan bahawa JTM banyak menerima aduan mengenai ketidakakuran arahan dan cara penguatkuasaan atau pelaksanaan yang agak keterlaluan oleh pegawai dan kakitangan ILJTM. Sehubungan dengan ini, perhatian tuan/puan adalah ditarikh agar mematuhi setiap arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat dan Pengarah. Dalam melaksanakan dan menguatkuasakan sesuatu peraturan dan arahan ini, sila pastikan ianya dilaksanakan mengikut etika dan tatacara yang dibenarkan. Jabatan tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang keterlaluan atau melanggar peraturan seperti penggunaan fizikal (menampar, memukul dan sebagainya) ataupun non-fizikal (kaka-kata kesat, memaki hamun dan lain-lain) ke atas mana-mana kakitangan ataupun pelajar. Saya telah diarahkan untuk mengemukakan laporan yang sewajarnya terhadap salahlaku dan ketidakakuran terhadap arahan yang dikeluarkan. Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan kakitangan yang engkar terhadap arahan ini.