Pendaftaran pelajar baru program Sijil Kemahiran yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, ILP Kuala Lumpur pada 12 Januari 2015 berjalan dengan lancar. ILPKL mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan semua pelajar baru kerana telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Bagi semester 1/2015 ini, ILPKL menawarkan sebanyak 270 tempat untuk pelajar baru. Jumlah pendaftaran pelajar telah mencatatkan sebanyak 206 orang dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat sehingga pendaftaran ditutup. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan seperti Teknologi Mekanik Industri, Teknologi Pembuatan, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Percetakan.
Pihak Institut merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan keluarga yang membantu proses kemasukan para pelajar baru ini ke ILPKL. Kemasukan pelajar-pelajar baru ini amatlah dialu-alukan dan diharapkan mereka dapat menempuh pengajian dengan sebaik mungkin seterusnya berjaya di akhir pengajian kelak.
BIL | KOD | KURSUS | JUMLAH |
1 | A01 | Teknologi Mekanik Industri | 27 |
2 | A02 | Teknologi Pembuatan | 10 |
3 | A08 | Teknologi Kimpalan | 24 |
4 | A11 | Teknologi Automotif | 37 |
5 | B01 | Teknologi Elektrik | 25 |
6 | B02 | Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara | 30 |
7 | D01 | Teknologi Percetakan (Grafik) | 24 |
8 | D03 | Teknologi Percetakan (Cetak) | 11 |
9 | L01 | Diploma Elektrik Kuasa | 18 |
JUMLAH | 206 |
Sekali lagi pihak ILPKL mengucapkan SELAMAT DATANG dan SEMOGA BERJAYA kerana ILPKL adalah langkah pertama ke Gerbang Kerjaya anda! Tahniah.