Pendaftaran Pelajar Pelajar Baru bagi Sesi 1/2013 telah bermula pada 7 Januari 2013 yang lalu dan telah berjalan dengan lancar. Bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2013 Minggu Suai Kenal Pelajar Baru pula bermula dengan objektif menyalurkan info berkenaan institut, program latihan dan tenaga pengajar yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur di samping menanam sikap bersatupaduย dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar baru. Selamat Menjalani Aktiviti MSK ke pada semua pelajar-pelajar baru ILP Kuala Lumpur.
ย