Pendaftaran pelajar baru untuk sesi 1/2008 akan diadakan pada 7 Januari 2008 (Isnin) bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Lokasi pendaftaran akan diadakan di Dewan Besar ILPKL. Waris serta pelajar diingat supaya datang awal bagi melancarkan pendaftaran masuk. Minggu suaikenal akan dijalankan selama seminggu dan semua pelajar baru diwajibkan untuk mengikuti program ini sepenuhnya.
Satu sesi penerangan kepada waris pelajar akan diadakan bagi menerangkan perjalanan kursus, disiplin serta program yang akan dilangsungkan di ILP untuk semua pelajar. Semua waris pelajar dijemput untuk mengikuti sesi penerangan ini. Sesi Penerangan akan disampaikan oleh Unit Pengurusan Latihan. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perjalanan kursus serta apa saja yang berkaitan, bolehlah terus diajukan kepada pegawai berkenaan.
Kami warga ILPKL mengucapkan selamat datang dan selamat belajar di ILPKL. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda dan semoga anda beroleh ilmu yang bermanfaat di sini.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.