Merujuk kepada memo no rujukan : ILP/KL/100-40 Jld. 2 bertarikh 6 Ogos 2010 adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menetapkan supaya jadual waktu latihan dan waktu anjal bagi semua pengajar akan diubah kepada 7.30 pagi hingga 4.30 petang berkuatkuasa pada 11 Ogos 2010 hingga 9 September 2010.
Sehubungan dengan itu, pengajar yang ingin mengubah waktu anjal pada 7.30 pagi hingga 4.30 petang boleh mengisi Borang Pilihan Waktu Bekerja Berperingkat yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran dan menghantarnya sebelum 10 Ogos 2010. Mana-mana pengajar yang tidak mengisi Borang Pilihan Waktu Bekerja Berperingkat tersebut dianggap kekal waktu bekerja pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Oleh yang demikian, Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian adalah diminta untuk menjadualkan semula latihan berdasarkan perubahan waktu latihan tersebut.