Merujuk kepada surat ibupejabat JTM bil JTM/PK/02/3270 Jld 6 (50) bertarikh 23 Februari 2010 memaklumkan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Tenaga Manusia kini boleh menggunakan kemudahan eGL (Electronic Gurantee Letter) tersebut.
Sehubungan itu, semua pegawai dan kakitangan JTM hanya perlu mengemukakan kad pengenalan kepada petugas kaunter di klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan diri sendiri dan keluarga dengan syarat maklumat peribadi dan perkhidmatan di dalam sistem HRMIS telah lengkap dan kemaskini. Sebarang masalah Tuan/Puan boleh menghubungi kakitangan unit HRMIS JTM di talian 03-88865562 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .