Merujuk kepada memo Jadual Pelaksanaan Pengurusan Prestasi dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2013, No rujukan:ILP/KL/P/S/2 jld.4 (57) bertarikh 30 November 2013 adalah berkaitan. Adalah dimaklumkan edaran jadual pelaksanaan telah pun diedarkan melalui memo dan emel kepada ketua-ketua jabatan/bahagian/unit sebagai rujukan semua. Tarikh berkuatkuasa penyediaan untuk melengkapkan SKT 2013 adalah bermula pada 15 November sehingga 30 November 2013. Sehubungan itu semua kakitangan ILPKL dapat melengkapkan SKT masing-masing di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perhatian dan kerjasamayang diberikan oleh tuan/puan adalah amat dihargai. Adalah diharapkan supaya proses pengurusan prestasi ini dapat dilaksanakan dengan teratur, telus dan mengikut jadual yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.