Pada 7 Januari 2014 yang lalu, satu majlis perasmian bagi program Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baru bagi sesi pengambilan 1/2014 telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TP (PL)) iaitu En. Abd.Halim bin Ali Mohammed, selaku wakil Pengarah ILPKL. Program ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber (TP (PS)), En. Mohd Faisal bin Abdul Hamid yang turun sama memberi ucapan pembukaan majlis perasmian. Bagi sesi pengambilan 1/2014, seramai 157 orang pelajar baru pengambilan pertama telah mendaftar untuk mengikuti latihan kemahiran di ILP Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan ini terdiri 134 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan yang akan mengikuti 14 bidang kemahiran yang ditawarkan di sini. Di majlis ini juga diadakan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Penghulu MSK yang dilantik di kalangan pelajar baru sendiri.