Usai sudah pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi Sesi pendaftaran 2/2011 yang telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendaftar dan ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan ILPKL yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan sesi pendaftaran tersebut.
Seterusnya bagi memupuk jati diri dan memberi pengenalan berkenaan sistem latihan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur ini, Program orientasi Minggu Suai Kenal bemula pada 5 Julai - 10 Julai 2011 diadakan. Perasmian Minggu Suai Kenal (MSK) 2011 telah berlangsung pada 5 Julai 2011. Selamat menjalani Minggu Suai Kenal kepada pelajar-pelajar baru ILPKL. Berikut adalah beberapa gambar-gambar semasa upacara perasmian itu berlangsung. Sumbangan gambar dan suntingan oleh Jurufoto ILPKL, Encik Mohd Junaidi bin Othman.
Selamat menjalani MSK kepada semua pelajar-pelajar baru.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.