Perbincangan di antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur mengenai Kursus Latihan Kemahiran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur bagi meninjau peluang dan potensi kolaborasi pelaksanaan latihan dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) kepada majikan yang berdaftar PSMB. Perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah ILP Kuala Lumpur melibatkan wakil daripada Head Operations-Central Region, PSMB dan Timbalan Pengarah Pengurusan dan Ketua-Ketua Jabatan latihan ILP Kuala Lumpur.