Kelab Inovasi ILPKL telah menganjurkan perkhemahan dan rekreasi bertempat di Hutan Rekreasi Sungai Congkak pada 23 hingga 25 Oktober 2009 yang lalu.
Aktiviti Perkhemahan Dan Rekreasi ini telah diuruskan oleh para pelajar Semester 3 dan dihadiri oleh para pelajar Semester 1 dan 2.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melengkapkan lagi modul Pengurusan yang dipelajari oleh para Pelajar Sem 3 dalam peperiksaan akhir.Semua pengurusan dalam kendalian aktiviti telah dikendalikan oleh para pelajar Sem 3 dan dikawal selia oleh Pengajar Teknologi Komputer ( Sistem ).
Bermacam dugaan telah dihadapi terutama dari segi cuaca yang selalu hujan dan kemudahan seperti lampu yang tidak disediakan.Tetapi Alhamdulillah, segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Senaman aerobik, ice Breaking, Treasure Hunt dan juga Persembahan Kumpulan.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.