Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 mengenai Tawaran Opsyen Perlanjutan Umur Persaraan Wajib kepada 58 Tahun telah diedarkan kepada semua bahagian dan unit untuk makluman kepada semua kakitangan ILPKL.
Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendakii untuk memahami kandungan Pekeliling tersebut sebelum menandatangani Borang Opsyen. Sila rujuk ketua bahagian untuk Borang Opsyen. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Puan Kelthom Bt Yahya, Pembantu Tadbir Kanan di bahagian Pentadbiran.