Merujuk kepada Memo No rujukan: ILP/KL/1000 -2 ( ) bertarikh 27 Julai 2010 adalah berkaitan. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan cuti menggunakan Training Management System (TMS) akan dikuatkuasakan secara berperingkat mengikut jabatan dan bahagian seperti di Lampiran 1. Justeru itu semua jabatan dan bahagian diwajibkan mengisi permohonan cuti di dalam sistem TMS merujuk kepada tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1. Bersama ini juga dilampirkan tatacara penggunaan permohonan cuti menggunakan sistem tersebut seperti di Lampiran 2.
Sebarang masalah yang dihadapi bolehlah berhubung dengan Pentadbir Sistem, En Imran bin Ismail ataupun PP(PSM), Puan Zuriyati binti Abu Hassan di talian 120 atau 119. Sekian, kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.