Merujuk kepada memo no rujukan ILP/KL/100-17 Jld 2 (20) bertarikh 19 Ogos 2010 adalah dimaklumkan bahawa cuti semester pelajar akan bermula pada 8-19 September 2010.
Oleh yang demikian, sekiranya terdapat pengajar yang memohon cuti sebelum cuti semester bermula adalah diharapkan agar dapat menggantikan kelas dengan pengajar lain bagi mengelakkan sesi pembelajaran terganggu. Semua Ketua Bahagian perlu memastikan pengajar dibawah seliaan mereka berbuat demikian.
Susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa ICT yang telah diadakan, mesyuarat telah bersetuju bahawa semua pengajar dan kakitangan yang ingin bercuti bermula pada 1 September 2010 perlu memohon melalui TMS. Sebarang permasalahan mengenai permohonan cuti melalui TMS ini perlu merujuk kepada Puan Zuriyati bt Abu Hassan atau Encik Imran bin Ismail di Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM).