Permohonan adalah secara online sahaja melalui Aplikasi Dalam Talian (ADT) di laman web UPU, http://upu.moe.gov.my atau klik di sini. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 20 Januari 2014 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 7 April 2013 (Isnin). Untuk melihat iklan permohonan kemasukan sila klik sini. Maklumat lain mengenai permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon DIWAJIBKAN untuk membeli no. Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 10.60. Sila simpan slip pembelian no. Unik ID sebagai rujukan.
- Tatacara pembelian no. Unik ID di kaunter :
- Mengemukakan Kad Pengenalan/MyKad atau salinan Kad Pengenalan/MyKad
- Bayaran pembelian no. Unik ID mengikut kategori permohonan
- Tarikh pembelian no. Unik ID bermula 20 Januari 2014. (Nota: Calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan/MyKad adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan)
- Kaedah Pembelian no. Unik ID:
- Kaunter BSN
- Mesin ATM BSN
- SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO BSN yang mengaktifkan BSN SMS sahaja)
- Maklumat lanjut mengenai permohonan, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan LatihanJabatan Tenaga ManusiaAras 6, Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 Putrajaya.Tel:03-8886 5551 /5556 / 2418 / 5580 /5482 / 5557