Terbuka kepada calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur masih dibuka sehingga kini. Pendaftaran sesi 1/2015 adalah pada 12 Januari 2015. Yuran pengajian dan kemudahan makan bagi kursus sijil adalah PERCUMA. Kemudahan asrama dan elaun sara diri juga turut disediakan.
Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat sijil adalah seperti berikut :
- Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
- Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
- Teknologi Mekanik Industri
- Teknologi Percetakan Grafik
- Teknologi Percetakan
Kursus yang ditawarkan di peringkat Diploma adalah Diploma Teknologi Elektrik Kuasa dan syarat kemasukan mesti mempunyai SKM Tahap 3 Teknologi Elektrik.
Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan di talian 03-79817495 sambungan 123/124.
Borang Rayuan Permohonan Kemasukan ILP Kuala Lumpur