Terbuka kepada calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur masih dibuka sehingga kini. Pendaftaran sesi 2/2015 adalah pada 22 Jun 2015. Yuran pengajian dan kemudahan makan bagi kursus sijil adalah PERCUMA. Kemudahan asrama dan elaun sara diri juga turut disediakan.
Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma adalah seperti berikut :
KOD KURSUS | KURSUS / TEMPOH KURSUS | **KELAYAKAN MASUK |
L01 | Diploma Teknologi Elektrik Kuasa (24 bulan) | Warganegara Malaysia berumur diantara 17 sehingga 35 tahun, Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan serta lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal, BM dan BI. |
K10 | Diploma Teknologi Automotif (15 bulan) |
B01 | Sijil Teknologi Elektrik (24 bulan) | Warganegara Malaysia berumur diantara 17 sehingga 30 tahun, luluS SPM serta lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal, BM, Sejarah dan BI. |
B02 | Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (27 bulan) |
A01 | Sijil Teknologi Mekanik Industri (27 bulan) |
A02 | Sijil Teknologi Pembuatan (27 bulan) |
A08 | Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas (27 bulan) |
A11 | Sijil Teknologi Automotif (27 bulan) |
D01 | Sijil Teknologi Percetakan (Grafik) (27 bulan) | Warganegara Malaysia berumur diantara 17 sehingga 35 tahun, SPM atau setaraf dengannya dan lulus BM. |
D03 | Sijil Teknologi Percetakan (Cetak) (15 bulan) |
Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan di talian 03-79817495 sambungan 123/124.
Borang Rayuan Permohonan Kemasukan ILP Kuala Lumpur