Terbuka kepada calon lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang ingin melanjutkan pelajaran dalam program Kolej Vokasional di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur masih dibuka sehingga kini. Pendaftaran Sesi 1/2015 adalah pada 26 Januari 2015. Kemudahan asrama turut disediakan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Diploma Kemahiran Vokasional Teknologi Komputer Sistem
- Diploma Kemahiran Vokasional Teknologi Pemesinan CNC
- Diploma Kemahiran Vokasional Teknologi Elektronik Industri
Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan di talian 03-79817495 sambungan 123/124.
Borang Rayuan Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional ILP Kuala Lumpur