Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi (CITEC) 2013 telah berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Ledang pada 23-25 Februari 2013. Para pensyarah dan pelajar ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini mengikut bidang bagi mengetengahkan hasil kreativiti dan inovasi mereka. Di antara bidang-bidang yang disertai adalah:
Bil | Nama Projek | Bidang | Kumpulan | Keputusan |
1 | Soket Pelbagai Mudah Alih (EZU 100) | Elektrik Elektronik | Pensyarah | PERAK |
2 | Sistem Maklumat Persijilan Pelajar (eSIMPP) | Perisian/perkakasan/ICT | Pensyarah | SIJIL |
3 | Intelligent Communication Technology(i-Comtech) | Elektrik Elektronik | Pelajar | EMAS |
4 | Smart Switch JTM | Elektrik Elektronik | Pelajar | GANGSA |
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini dan kerana berjaya mengharumkan nama INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR. TAHNIAH sekali lagi.
"Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"
:: Sila ke laman web yang berkenaan untuk maklumat lanjut
http://www.jtm.gov.my/CITEC/resultofficial.php