Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi (CITEC) 2014 telah berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur pada 13-14 April 2014. Para pensyarah dan pelajar ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini bagi mengetengahkan hasil kreativiti dan inovasi mereka. 10 penyertaan daripada ILP Kuala Lumpur merangkumi 2 bidang yang dipertandingkan dalam pertandingan tahun ini. Berikut adalah pencapaian yang telah diperolehi oleh pasukan ILP Kuala Lumpur:-
| Bil | Tajuk Rekacipta | Bidang | Kumpulan | Keputusan |
| 1 | Intelligent Unlock Calling System | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Emas |
| 2 | Pengesan Kerosakan Lampu Kenderaan | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Perak |
| 3 | Ez Lamp | Elektrikal / Elektronik | Pensyarah | Perak |
| 4 | Smart 4Man | Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan | Pelajar | Gangsa |
| 5 | Sangkar Arnab Sistematik | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Gangsa |
| 6 | Smarter Switch | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Gangsa |
| 7 | Moveable Trolley | Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan | Pensyarah | Sijil Penyertaan |
| 8 | Smart Lifting | Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan | Pensyarah | Sijil Penyertaan |
| 9 | Auto Z | Elektrikal / Elektronik | Pensyarah | Sijil Penyertaan |
| 10 | Pengering Kasut Auto | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Sijil Penyertaan |
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah, kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam CITEC 2014 dan berjaya mengharumkan nama INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR.