Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri pada mesyuarat yang telah diadakan pada 29 Ogos 2007 telah bersetuju untuk menukar nama Palace of Justice kepada nama baru iaitu Istana Kehakiman. Sehubungan dengan itu, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa segala rujukan kepada bangunan tersebut sebagai Palace of Justice hendaklah dihentikan dengan serta merta.