ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Carta Organisasi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini

Perutusan Hari Kebangsaan dan Ramadhan

Kategori: Berita / Aktiviti Semasa Dicipta: 05 September 2008 Terakhir dikemaskini: Selasa, 05 Mei 2015 22:28
  • Cetak
  • Emel
ImageAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Merdeka dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Tahun 2008 kepada semua Warga ILP Kuala Lumpur. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera kerana ianya lambang kebebasan, kedaulatan dan kejayaan, bukan sahaja kepada negara yang tercinta ini tetapi juga kepada setiap daripada kita, warganegara yang setia dan bernaung di bawahnya.. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia.

Sebagai warganegara yang hidup dalam negara yang mempunyai keamanan dan kesejahteraan, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Bukan sahaja kita sebagai individu tetapi juga organisasi yang kita wakili turut tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk membangunkan negara. Sesungguhnya, semua warga ILP Kuala Lumpur dalam profesion latihan kemahiran yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidikan kemahiran, setiap daripada kita yang bergelar PLV / PPLV pada hari ini perlu bermuhasabah diri, menilai apakah tahap komitmen kita dalam melaksanakan tanggungjawab, sejauh mana iltizam kita dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini.

Bersyukur juga kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dalam bulan yang sama kita berkesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak  dan melaksanakan tugas kita kepada Allah S.W.T.

Dalam kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak, sama-samalah kita ingat kembali Khutbah Rasullulah ketika Menyambut Ramadhan Al-Mubarak sebagaimana berikut untuk dijadikan ikhtibar kita dalam bulan yang mulia ini. 

 “ Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan sholat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 sholat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain”.  

Di atas kesempatan pada bulan yang mulia ini, saya ingin menyeru kepada setiap warga ILP Kuala Lumpur supaya menanamkan tekad serta azam untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan berhemah tinggi. InsyaAllah, dengan kesetiaan kita kepada tugas dan tanggungjawab, negara dan bangsa, serta berpandukan kepada nilai-nilai keagamaan sebagai teras utama, kita akan dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang berdaulat, merdeka dan sejahtera, sejajar dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Berita / Aktiviti

  • PROGRAM PERKONGSIAN TEKNOLOGI SIMULASI AR/VR TERKINI DI ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
  • ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur menyertai Karnival Pendidikan
  • Warga ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur terus mengamalkan gaya hidup sihat
  • BANTU KAMI MENGESAN ALUMNI ITIKL / ILPKL / ADTEC KL 1964 - 2025
  • Perhimpunan Pelajar Sempena Bulan Kebangsaan 2026
  • Sertai Kursus Hujung Minggu ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur
  • Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ustaz Tahfiz
  • Program TVET Tahfiz mendapat liputan akhbar Kosmo!
  • Majlis Punch Out Encik Mohd Junaidi
  • Ucapan Selamat Bersara kepada En.Mohd Junaidi bin Othman.

Di Mana Kami?

ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Berita / Aktiviti
  • Tatacara Pengurusan Stor
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Sebut Harga
  • Infomasi ILPKL
  • Pekeliling
  • Galeri
  • Peluang Kerjaya
  • Maklumat Korporat
  • Penerbitan
  • Program Separuh Masa
  • Audiografi
  • Perkhidmatan Kami
  • e-Penyertaan
  • Statistik
  • Aktiviti Terkini
  • Makluman Semasa
  • Pengumuman
  • Videoagrafi
  • Program Sepenuh Masa
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 31 | Minggu Ini: 494 | Bulan Ini: 612 | Keseluruhan: 15122160

  • Kemaskini Pada : Ahad 09 Ogos 2026, 12:15:34.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2026. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Berita / Aktiviti