Pindaan logo telah diputuskan untuk pindaan di dalam Mesyuarat Pengurusan JTM pada 26 Julai 2013. Tujuan pindaan dibuat ialah untuk menambah baik reka bentuk logo agar kelihatan lebih kemas tanpa mengubah maksud dan warna logo. Pindaan ini dibuat berdasarkan penelitian pemakaian logo yang agak tidak rapi bila dicetak pada baju korporat, baju sukan, jaket oleh JTM dan ILJTM.
Penggunaan dan pemakaian logo baru ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Sehubungan dengan itu semua ILJTM adalah dikehendaki meminda dan mengubah pemakaian logo ini secara beransur-ansur tanpa melibatkan kos tambahan. Logo baru adalah seperti di bawah.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.