Merujuk kepada surat ibupejabat JTM bil JTM/PK/02/771 Jld 25 (101) bertarikh 23 Jun 2010 memaklumkan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan program Amalan Hijau KeTTHA pada akhir bulan April yang lalu sebagai satu langkah merealisasikan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia bagi melaksanakan sasaran pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar yang memberi penekanan kepada kepentingan teknologi hijau.
Sehubungan dengan itu, semua warga Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan diharapkan dapat membina disiplin diri supaya menghargai alam semulajadi dan memberi komitmen serta sumbangan dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar demi kepentingan bersama.
Salinan buku Amalan Hijau KeTTHA boleh didapati daripada Ketua Jabatan masing-masing ataupun sekiranya ingin mendapatkan lebih informasi lagi mengenai dasar-dasar dan program KeTTHA boleh la melayari http://www.kettha.gov.my/ untuk keterangan lanjut.