Bagi memberi sokongan dan kepada Pusat Tabung Darah Negara, pada 20 Julai 2011, Persatuan Bulan Sabit Merah yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik, En Abdullah bin Muhamad telah menganjurkan program Derma Darah Peringkat ILP Kuala Lumpur. Penderma-penderma darah adalah terdiri dari kakitangan ILP KL dan pelajar-pelajar yang layak dan sihat.
Program ini adalah aktiviti setiap penggal semester baru bagi ILPKL bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar dan kakitangan tentang program derma darah serta membantu meningkatkan simpanan darah di Pusat Tabung Darah Negara. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menyumbangkan darah di dalam program tersebut. Foto dirakam oleh jurufoto, Encik Mohd Junaidi Othman.
Gambar 1: Jururawat dan AJK PBSM ILPKL bergambar Gambar 2: Pelajar dan kakitangan ILPKL menderma darah
Gambar 3: Kakitangan ILPKL menderma darah Gambar 4: Periksa kesihatan dahulu sebelum menderma
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.