Tarikh 18 November 2014 Unit Kauseling ILPKL dengan kerjasama IM4U telah mengadakan Program Kebajikan berbentuk Gotong Royong di Rumah kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras (RKKTB). Seramai 56 orang pelajar dan 8 orang pengajar telah mengambil bahagian dalam Program Gotong Royong tersebut.
RKKTB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan gotong royong tersebut. Di antara pihak yang membantu ialah pelajar-pelajar dan juga pengajar-pengajar bengkel Teknologi Kimpalan , Teknologi Penyejukbakuan dan Penyamanan Udara dan Teknologi Elektrik. Program yang bermula jam 8.00 pagi itu berakhir pada jam 4.30 petang.
Kumpulan sukarelawan yang menyertai gotong royong ini telah melakukan pembersihan di sekitar kawasan rumah dengan mengumpul dan membuang sampah-sampah, memotong rumput dan menebang pokok-pokok yang tidak diperlukan. Sebahagian lain pula telah melakukan pembersihan dalam rumah dengan tugas menyapu dan mencuci lantai, ruang mandi, ruang dapur dan tandas. Selain daripada itu, beberapa orang sukarelawan telah membuat kerja-kerja pembaikpulihan fasiliti dan kemudahan rumah tersebut.
{yoogallery src=[/images/stories/articles/2014/gotong_royong_im4u] title=[Program Kebajikan Gotong Royong Rumah kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras]}