Program Keusahawanan dan eRezeki telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) pada hari Khamis, 2 Ogos 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Kuala Lumpur. Program ini melibatkan 23 orang pengajar dan 120 orang pelajar dari kursus Teknologi Elektrik, Teknologi Automotif dan Penjaga Jentera Elektrik(PJE).
Objektif program memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang perniagaan yang boleh diceburi secara sambilan yang ditawarkan di eRezeki. Penceramah jemputan dari aL-ikhsaN Sports Sdn Bhd dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta anjuran bersama Mr Wireman Sdn Bhd, Serv Technology Sdn Bhd dan CARPUT by The Battery Shop Sdn Bhd.
Program Keusahawanan Dan eRezeki