LAPORAN Program Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Mata Pelajaran Teknikal (Teknologi Kejuruteraan) Sekolah-Sekolah Menengah Kuala Lumpur.
TARIKH :28/4/11 (Khamis)
TEMPAT: Dewan Besar ILP Kuala Lumpur
GAMBAR: En. Mohd Junaidi Othman, BPSM


Pihak pengurusan ILP Kuala Lumpur telah menerima permohonan daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan pelajaran Negeri W.P Kuala Lumpur untuk mengadakan lawatan ke ILP Kuala Lumpur di bawah kelolaan jawatankuasa Lawatan Pembelajaran Luar Bilik Darjah Mata Pelajaran Teknikal (Teknologi Kejuruteraan) Sekolah-Sekolah Menengah Kuala Lumpur. Pihak ILP Kuala Lumpur sangat menghargai dan berbangga kerana telah dipilih sebagai institusi pengajian yang dilawati oleh 7 buah sekolah sekitar W.P Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada:

Gambar 3 dan 4: Lawatan Ke Bengkel-bengkel latihan di ILP Kuala Lumpur sejurus selepas sesi taklimat di Dewan Besar.

Gambar 5: Di Bengkel RAC, Pengajar RAC sedang menerangkan kepada pelajar berkenaan sistem penghawa dingin kereta
Tujuan diadakan program seumpama ini adalah antara lainnya untuk memberikan pendedahan kepada para guru dan pelajar-pelajar sekalian tentang peluang melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran yang berasaskan teknikal di ILJTM dan ILP Kuala Lumpur secara khususnya. Dewasa ini semakin banyak pusat-pusat pengajian yang tumbuh di luar sana. Bidang pendidikan seakan-akan menjadi satu peluang perniagaan yang menguntungkan bagi pihak-pihak swasta dengan menggunakan remaja dan lepasan sekolah sebagai sasaran dalam mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Dari segi persaingan perkara ini sebenarnya baik kerana menggalakkan institusi pengajian tinggi awam untuk meningkatkan lagi kualiti latihan dalam menyediakan peluang-peluang melanjutkan pelajaran yang bukan sahaja berkualiti malahan diiktiraf di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, ILP Kuala Lumpur mengambil peluang daripada lawatan ini untuk memberikan seberapa banyak maklumat yang diharapkan dapat membantu para pelajar dalam menentukan hala tuju pendidikan masing-masing. Pihak CESS dan juga BPPL ILP Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini dilihat berjaya memupuk minat di kalangan para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran di ILJTM dan ILP Kuala Lumpur khususnya.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496
03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jumlah Pelawat Hari Ini: 54 | Minggu Ini: 421 | Bulan Ini: 467 | Keseluruhan: 15097070