Pengajar dari ILP Kuala Lumpur telah memenangi ANUGERAH EMAS melalui projek EZ LAMP yang disertai di dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA'19). Projek Inovasi EZ LAMP yang dihasilkan oleh En Rasidi B Ithnin, En Wiralela B Mohd Dan En Muhammad Faris B Muhammad Nor telah menerima ANUGERAH EMAS bagi kategori KEJURUTERAAN.
SEKALUNG TAHNIAH kepada peserta dan seluruh WARGA ILP Kuala Lumpur. Kejayaan ini merupakan pengiktirafan kepada pengajar dan Latihan TVET ILP Kuala Lumpur di Peringkat Nasional.
PERISA'19 anjuran Kolej Komuniti Selayang Selangor ini telah diadakan pada 17 hingga 19 September 2019. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada pensyarah Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk mengenengahkan hasil inovasi mereka di peringkat Kebangsaan selari dengan halatuju Negara untuk Malaysia menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.