PENGUMUMAN PENANGGUHAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI KEMASUKAN SEPTEMBER 2008 DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KUALA LUMPUR.
Dukacita dimaklumkan kepada calon-calon yang telah ditawarkan (bagi tawaran kemasukan Tahap 1 sahaja) untuk mengikuti Kursus di ILP Kuala Lumpur bagi Sesi September 2008, tarikh pendaftaran dan lapor diri telah ditunda pada seperti butiran berikut:
Tarikh : 7 Januari 2009 ( Rabu )
Tempat : ILP Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pg – 12.30tgh
Jika calon-calon berminat untuk melanjutkan pengajian di ILP Kuala Lumpur, sila poskan Lampiran 2: Surat Jawapan Tawaran ke ILP Kuala Lumpur sebelum 17 November 2008. Sila bawa bersama surat tawaran serta borang-borang yang telah lengkap diisi pada hari pendaftaran tersebut. Pihak ILP Kuala Lumpur ingin memohon maaf di atas kesulitan yang ditanggung oleh pihak tuan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur di talian 03-79817495/6.