Merujuk kepada memo JTM/PKSM/01/720 (9) dan ILP/KL/100/600-3/1(31), adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Manusia telah mewujudkan Jawatankuasa Rayuan Akademik bagi menimbangkan sebarang rayuan pelajar berkaitan dengan keputusan peperiksaan dan penilaian mengikut Panduan Latihan dan Penilaian ILJTM. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan kepada unit Peperiksaan dan Persijilan, Ibupejabat JTM Putrajaya.