Gambar: Ragam pelajar baru dan keluarga di Hari Pendaftaran Pelajar Baru ILPKL 1/2011
Selamat datang diucapkan kepada para pelajar baru yang telah terpilih untuk mengikuti pengajian di ILP KUALA LUMPUR bagi Sesi 1/2011 ini. Sesi pendaftaran ini bermula pada 5 Januari 2011 ini dan seterusnya para pelajar akan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK). Program ini bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar-pelajar baru berkenaan Institut Latihan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di ILP Kuala Lumpur.
Gambar: Sesi taklimat pihak Pengurusan Sumber kepada penjaga -penjaga yang hadir
Selain itu, pihak Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ILPKL juga telah menyediakan slot untuk taklimat berkenaan pengurusan pelajar, displin dan pelbagai panduan yang berkaitan untuk makluman penjaga. Sesi taklimat ini disampaikan oleh Timb. Pengarah Pengurusan Sumber (TPPS) En Romales bin Ramli.
* Gambar: Sumbangan jurugambar ILPKL , En. Mohd Junaidi bin Othman.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.