Bermula daripada pukul 8.00 pagi ini, Sesi Pendaftaran Pelajar Baru ILPKL akan berlangsung. Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar-pelajar sekalian dan Selamat Menjalani Kehidupan Baru sebagai Warga ILPKL. Pihak ILPKL berharap supaya Sesi Pendaftaran ini akan berlangsung dengan lancarnya dan semua pelajar yang ditawarkan melanjutkan Latihan Kemahiran di ILPKL berjaya mendaftarkan diri berpandukan Surat Tawaran dan pastikan semua dokumen-dokumen penting dibawa supaya tidak mengganggu proses pendaftaran kelak. Selamat Datang diucapkan kepada pelajar semua.